Cari yg kamu Butuhkan Di Sini
Mengenai Saya
Arsip Blog
-
▼
2014
(30)
-
▼
April
(12)
- Sindrom “Angin Duduk”
- Pengertian Dasar Domain, Dibahas Secara Singkat, P...
- Perbedaan Blogspot dan WordPress Secara Lengkap
- Merry Riana & Buku Mimpi Sejuta Dolar
- Kita Muda Kita Bisa ( Inspirasi Bisnis Anak Muda )
- MENGAKUI FINLANDIA MEMILIKI SISTEM PENDIDIKAN TERB...
- BELAJAR TEHNIK DASAR MENGGAMBAR : menggambar bayan...
- Teknik Dasar Menggambar Manga 2
- Mengenal Lebih Dekat Pendiri Facebook Mark Elliot ...
- Mengenal Mahatma Gandhi
- Mengenal Lebih Dalam Sosok Albert Einstein
- Dampak Negatif Perokok Aktif dan Pasif
-
▼
April
(12)
Total Tayangan Halaman
Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati, (2 Oktober, 1869 – 30 Januari, 1948)
Juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: “berjiwa hebat”) adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.
Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Sejarah awal
Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan
tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang
lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.
Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar
yang “mediocre” atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat
pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang
berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja.
Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh
gurunya.
Mengikut
adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia
yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang
sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang.
Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam
bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus ujian akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.
Afrika Selatan dan dasar aparteid
Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi
yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap
sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil “kuli” atau “sami”.
Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi,
seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang “berwarna” di
kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau
enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama.
Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.
Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.
Gandhi dan kemerdekaan India
Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan
India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di
koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
Rakyat dari agama dan suku yang berbeda yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeda ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.
Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.
Prinsip Gandhi, satyagraha,
sering diterjemahkan sebagai “jalan yang benar” atau “jalan menuju
kebenaran”, telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi
aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).
Pada
30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana
kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.
Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama
dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel
mengatakan bahawa ini merupakan “suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma
Gandhi”.
Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut.
Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata “Menyedihkan…melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang.”
Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: “(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.”
Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
Langganan:
Posting Komentar
(Atom)
Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar: